Saturday 19 November 2011

PERANAN GURU PENDIDIKAN ISLAM DI SEKOLAH.


Peranan Guru Pendidikan Islam di sekolah
Oleh:
Zulkifli bin Ahmad
Guru Pendidikan Islam di Sk. Sungai Kechil Ilir, Bandar Baharu Kedah.
Pelajar PPG PJJ UPSI Pendidikan Islam
zulmahmad@yahoo.com


Apabila menyebut sahaja soal dakwah maka ia merupakan bicara tanggungjawab terhadap ummat Muhammad ke arah mengembangkan Islam.Sebagai seorang guru, nyata ia bukan merupakan perkara enteng yang dikesampingkan, lebih-lebih lagi bagi seorang guru Pendidikan Islam.
Umum mengetahui tugas seorang guru Pendidikan Islam memang menyampaikan ilmu terus kepada anak muridnya .Menghapuskan kejahilan, memperkukuhkan amalan , menerapkan nilai-nilai murni, mengajak kepada kebaikan dan mencegah kemungkaran.Tidakkah ia sudah dikira sebagai dakwah dan ibadah?.Begitulah bertuahnya guru Pendidikan Islam yang sudah tersedia jalan menuju redha Allah di samping menjalankan tugas sebagai pendidik.Sudah tersedia jalan dan ruang berdakwah yang nyata berjalan seiring dengan tugas hakiki mendidik anak bangsa.Selain itu mereka merupakan pakar rujuk terutama di dalam selok belok agama bagi warga guru dan kakitangan sekolah.Inilah peluang-peluang yang dilihat seharusnya dimanfaatkan oleh Guru Pendidikan Islam di dalam meneruskan kesinambungan misi dakwah junjungan Besar nabi Muhammad S.A.W.
Allah telah menceritakan kepada kita bahawa Ummat Muhammad SAW adalah ummat yang terbaik yang diutuskan untuk mengajak kepada kebaikan dan mencegah kemungkaran sepertimana dinyatakan didalam Surah Al-Imran ayat 110:
“Kamu adalah umat yang terbaik yang dilahirkan untuk manusia, menyuruh kepada yang ma’ruf, dan mencegah dari yang munkar, dan beriman kepada Allah. sekiranya ahli Kitab beriman, tentulah itu lebih baik bagi mereka, di antara mereka ada yang beriman, dan kebanyakan mereka adalah orang-orang yang fasik.”
(Al-Imran ayat 110)
Dimanakah Ruangnya?
Ada yang bertanya di manakah ruangnya guru Pendidikan Islam ini berdakwah ketika berada di sekolah?.Mereka adalah pakar rujuk yang diakui kredibiliti dari sudut ilmu dan kepakaran di dalam bidang agama.Maka di sinilah mereka harus menggunakan kemampuan ilmu yang ada untuk menjernihkan kekeliruan apabila diajukan tentang persoalan berkait dengan aqidah, syariah, hukum-hakam serta akhlaq.Itulah ruangnya untuk mengemukakan panduan dan jawapan berdasarkan dalil-dalil al-Qur’an dan Sunnah.Tidak salah untuk kita mengatakan guru pendidikan Islam ini sebagai pakar rujuk kepada guru-guru, kakitangan pentadbiran serta murid-murid.memang begitulah hakikat berdasarkan pengalaman penulis yang sentiasa diajukan permasalahan agama daripada rakan-rakan guru yang inginkan kepastian.Cabaran kepada pendakwah di sekolah ini ialah usaha untuk memastikan ilmu sentiasa cukup di dada bagi memberikan jawapan kepada permasalahan tersebut.
Selain itu, gerak laku Guru Pendidikan Islam sentiasa menjadi perhatian warga sekolah ataupun murid-murid.Maka disinilah peranan mereka untuk cuba menonjolkan akhlaq Rasulullah S.A.W. baik dari sudut percakapan, berpakaian, pergaulan malah gaya berjalan pun sentiasa menjadi buah mulut orang.Inilah yang dikatakan sebagai dakwah dengan contoh tauladan.Umum memang mengetahui andai Ustaz dan Ustazah ini berperilaku dengan akhlaq yang sopan, baik tingkah laku, mudah didekati , tidak mustahillah mereka akan sentiasa menjadi guru yang cukup dihormati rakan dan lawan.Kehadiran mereka ke kelas pasti dinanti oleh murid, malah terleka lima minit datang kelas pun akan diingatkan oleh murid-murid .Bukankan menjadi pendakwah ini juga memerlukan kita menarik minat dan mempengaruhi orang lain?.Seandainya anda mempunyai perwatakan seindah Rasulullah S.A.W. pasti anak murid menjadikan anda contoh dan tauladan untuk diikuti.Bahkan gaya rambut, berpakaian serta cara bercakap pun akan ditiru oleh mereka.
Guru Pendidikan Islam boleh mencegah kemungkaran?.Anda tidak perlu menunggu untuk dilantik sebagai Pegawai Penguatkuasa baru mencegah kemungkaran.Sebagai Guru Pendidikan Islam , anda mempunyai tanggungjawab yang amat berat untuk membetulkan segala kesilapan.Menegur untuk memperbetulkan keadaan tidak salah, asalkan kena dengan caranya.Itulah sebabnya Allah berfirman di dalam Surah An-Nahl ayat 125 bermaksud:
“Serulah (manusia) kepada jalan Tuhan-mu dengan hikmah dan pelajaran yang baik dan bantahlah mereka dengan cara yang baik. Sesungguhnya Tuhanmu dialah yang lebih mengetahui tentang siapa yang tersesat dari jalan-Nya dan dialah yang lebih mengetahui orang-orang yang mendapat petunjuk.”
Kalaulah Guru Pendidikan Islam hanya mengajar hukum-hakam agama tetapi tidak mencegah kemungkaran yang berlaku di sekolah adakah mereka ini sudah menjalankan tugas dan amanah yang diberi?.Memberi nasihat , menegur salah laku murid, menjadi orang tengah untuk menyelesaikan konflik rakan sekerja, meleraikan pergaduhan di antara murid, itu semua tugas seorang pendakwah di sekolah.Namun segalanya harus dilakukan dengan penuh hikmah agar tiada seorangpun yang terguris dan hati dan perasaannya .Hikmah dengan di dalam menegur, menasihati, bijaksana di dalam berhujah akan menjadikan guru Pendidikan Islam ini sebagai insan yang dihormati oleh semua warga sekolah.
Bagaimana caranya
Jika anda merupakan guru Pendidikan Islam yang sudah agak senior dan dihormati, anda merupakan orang yang tepat untuk melaksanakan sesi tazkirah dan ceramah kepada warga pendidik dan murid-murid.Gunakanlah peluang yang diberikan sebagai pendakwah ini di dalam perhimpunan, majis-majlis rasmi atau di mana-mana dan ketika yang dirasakan perlu.
Bagi guru Pendidikan Islam yang masih muda terutamanya guru-guru j-QAF yang masih baru di sekolah dan sedang membina hubungan yang baik dengan warga sekolah, anda mempunyai beberapa piihan untuk berdakwah.
Pilihan pertama bagi yang mempunyai kekuatan , peluang dan daya penarik yang baik, anda boleh terus berdakwah melalui sesi tazkirah , ceramah, sesi perbualan dan lain-lain lagi secara langsung.
Namun , bagi yang belum mempunyai kekuatan dan ruang, anda boleh menjadikan ruang penulisan sebagai platform untuk berdakwah.Penulis menggunakan kaedah ini dengan menulis artikel dakwah di suratkhabar, buletin panitia, serta di mana-mana ruang penulisan yang ada.Topik penulisan berkisar tentang peranan dan tugas guru, kepimpinan, amanah dan lain-lain lagi.Ini merupakan kaedah dakwah secara tidak langsung tetapi berkesan menembusi dan menyentuh hati .Ia juga sedikit demi sedikit membina kredibiliti dan keyakinan kepada pendakwah muda untuk memulakan rentak dakwah.Di sekolah , wujudkan buletin Panitia Agama dan j-QAF untuk menerapkan artikel dan nasihat ringkas serta hadis dengan kata-kata hukama’ buat renungan warga sekolah.Jangan lupa untuk memuatkan ruangan uji minda dan sediakan hadiah kepada pemenang.Ia merupakan strategi supaya pembaca (madu’) akan setia dan tertunggu-tunggu siri-siri buletin dakwah yang akan datang .
Berdasarkan pengalaman penulis, anak-anak di sekolah sukakan aktiviti kesenian.Lihat sahaja andai diadakan pertandingan nasyid ketika perayaan Awal Muharam contohnya, pasti mereka sanggup berlatih dan bernasyid dengan bersungguh-sungguh.Di sinilah peluang Guru Pendidikan Islam untuk berdakwah.Rangkalah pendekatan dakwah yang menerapkan unsur kesenian dan aktiviti yang menarik yang bersesuaian dengan jiwa kanak-kanak dan remaja.Tidak salah untuk menukar dan meniru format rancangan kesukaan remaja seperti Explorace, Cari Menantu, Akademi Al-Qur’an kepada yang relevan dalam konteks kita di sekolah.Akademi Nasyid boleh ditubuhkan di sekolah di dalam usaha pencarian bakat pelajar di dalam bidang nasyid.Rancangan Akademi Al-Qur’an juga boleh diadakan di sekolah di dalam memncari bakat Qari dan Qariah muda serta peluang untuk menerapkan ilmu tarannum buat persedian menghadapi Majlis Tilawah Al-Qur’an (MTQ).Penjenamaan semula aktiviti Islam dengan menamakan program tersebut seperti ‘Karnival Jom Cintai Rasul’, ‘Kempen Smart Salam’, ‘Mencari Cinta Rasul’, ‘Kem Bestari Solat’, ‘Perkampungan Bestari’, ‘Perkampungan Ilmu’, ‘Perkampungan Dakwah’, ‘Bersamamu Guru’, Minggu Semarak Pendidikan Islam’, dirasakan perlu di dalam memberikan nafas baru untuk menarik minat murid-murid menyertai aktiviti yang diadakan.
Kesimpulannya, ruang dakwah untuk Guru Pendidikan Islam amat terbuka luas , tepuk dada tanyalah iman .Samada anda adalah guru pendidikan Islam yang hanya mengajar mengikut sukatan pelajaran tahunan, atau guru yang bertindak sebagai pendakwah di sekolah mengajak kepada kebaikan, menghapus kejahlan dan menentang kemungkaran.Sesungguhnya tanggungjawab sebagai guru Pendidikan Islam menuntut seribu satu pengorbanan dan tauladan bagi insan yang mengimpikan suatu kebahagiaan dunia dan akhirat.

BIODATA

NAMA  ZULKIFLI BIN AHMAD.
TEMPAT MENGAJAR:  Sekolah Kebangsaan Sungai Kechil Ilir, Bandar Baharu, Kedah.
LAMA MENGAJAR 10 Tahun.
BELAJAR: UPSI.
PROGRAM : PPG PJJ Pendidikan Islam Semester 2
NO. MATRIK: D20102046381
PENSYARAH : Dr. Sulaiman bin Sarkawi

LATIHAN INTERAKTIF




Latihan Interaktif adalah latihan yang memerlukan murid untuk memberi respons segera kepada soalan yang diberi - menggunakan perisian/pautan/cakera padat - yang seterusnya akan menilai respons murid tadi dalam masa yang sama.

Huraian Sukatan Pelajaran Tahun 1 - 6

HSP TAHUN 1 Klik Di Sini

HSP TAHUN 2 Klik Di Sini

HSP TAHUN 3  Klik Di Sini

HSP TAHUN 4 Klik Di Sini

HSP TAHUN 5 Klik Di Sini

HSP TAHUN 6 Klik Di Sini 

Saya berharap rakan guru dapat menjadikan HSP ini sebagai panduan untuk sama-sama kita mendidik anak didik menjadi insan rabbani pada masa hadapan serta cemerlang dunia dan akhirat.

Wednesday 26 October 2011

PENDIDIKAN ISLAM


 
Jadilah kamu Rabbaniyin, iaitu orang-orang yang beribadat
 kepada Allah, kerana kamu mengajar isi kitab Allah, dan
kerana kamu selalu mempelajarinya (
Ali-Imran 79)

Konsep Pendidikan Islam 
 
Pendidikan Islam bermaksud memberi pendidikan kepada anak-anak atau murid-murid/pelajar berdasarkan ajaran Islam.  Mendidik juga bermaksud mengasuh, menjaga dan membelai supaya seseorang anak itu menjadi baik.  Baik di sini tentulah baik pada pandangan Islam.  Ilmu pengetahuan yang diberi itu ialah suatu wadah dalam pendidikan.  Justeru ilmu belum tentu mendidik, dan memberi ilmu juga belum tentu  lagi memberi pendidikan.
    Mendidik ialah kata-kata nasihat supaya murid melakukan sesuatu yang baik.  Menasihati murid supaya melakukan suruhan Tuhan seperti solat, beradab dengan ibu bapa dan guru adalah pendidikan.  Menasihati murid supaya belajar dengan baik dan tekun adalah pendidikan.  Menjaga kebersihan diri, bilik darjah, kawasan sekolah, kantin, padang adalah tuntutan Islam.  Kekemasan diri, bilik darjah, kawasan rumah,   juga tuntutan Islam.  Menasihati pelajar atau murid melakukan semua ini ialah pendidikan Islam namanya.
     Berdasarkan kepada takrifan ini bermakna, tugas pendidikan Islam  bukan terletak kepada ibu bapa dan guru agama sahaja, malah kepada semua orang Islam.  Kalau di rumah, ibu bapa dan keluarga itu yang bertanggungjawab memberi pendidikan Islam.  Manakala di sekolah pula, semua guru yang beragama Islam adalah bertanggungjawab memberi pendidikan Islam kepada semua murid Islam.  Guru agama atau istilah sekarang guru Pendidikan Islam, lebih luas tanggungjawabnya; pertama menyampaikan pengetahuan Islam dan kemudian mendidik dengan pendidikan Islam.  Masyarakat pula bertanggungjawab untuk menghidupkan budaya Islam di dalam masyarakat.   Ini termasuklah percakapan, pergaulan, permainan, urusan harian dalam hal ekonomi, politik, sosial, teknikal dan sebagainya.
    Kalau di sekolah guru mengajar supaya pelajar melakukan sesuatu yang baik atau sesuatu suruhan Tuhan, seperti solat, tutup aurat dan sebagainya, manakala dirumah ibu bapa tidak menunaikan solat dan tidak menutup aurat menurut kehendak Islam, bermakna ibu bapa tidak mendidik anaknya dengan pendidikan Islam dalam aspek tersebut.  Sama juga  dengan  sekolah.  Jika guru Pendidikan Islam mengajar dan mendidik pelajarnya dengan perkara-perkara yang dituntut oleh Islam seperti di atas, tetapi guru lain tidak melakukannya, bermakna guru Islam tidak mendidik pelajarnya yang beragama Islam supaya menghayati ajaran Islam.  Ini bermakna, guru tersebut tidak mendidik pelajarnya dengan pendidikan Islam. 
    Demikian jugalah dengan masyarakat.  Jika masyarakat tidak membanteras segala perkara yang bertentangan dengan ajaran Islam yang wujud dalam masyarakat tersebut, sebaliknya menganjurkannya pula, bermakna masyarakat tersebut tidak mendidik anak buahnya dengan pendidikan Islam, malah sebaliknya meruntuhkan Islam.  Kalau inilah yang berlaku, pendidikan Islam yang dilakukan oleh guru Agama dalam bilik kelas itu tidak akan berkesan.  Dengan demikian, jika berlaku sesuatu yang tidak diingini dalam masyarakat, seperti keruntuhan akhlak dan sebagainya, maka jangan disalahkan orang lain.  Kerana itu yang dikehendakai oleh ibu bapa, guru dan masyarakat. Setiap orang akan menegakkan benang basahnya dengan mengatakan ia betul dan orang lain yang salah seperti cerita bangau oh bangau, tetapi kita lupa, bahawa setiap orang akan menjawabnya di hadapan Tuhan.
    Malah, dalam pengajaran Pendidikan Islam itu sendiri, jika guru tidak hati-hati, guru hanya menyampaikan maklumat atau pengetahuan Islam sahaja, guru berkenaan tidak mendidik dengan pendidikan Islam.  Misalnya, guru Pendidikan Islam atau guru agama mengajar pelajarnya dengan tajuk Syarat Wajib Jumaat.  Di akhir pelajaran pelajarnya dapat menyebut syarat-syarat tersebut, maka ini baru tercapai objektif pelajaran.  Guru tersebut, sebenarnya belum lagi mendidik pelajarnya dengan pendidikan Islam.  Pendidikan itu ialah kata-kata nasihat supaya pelajar menghayati ajaran Islam. 
    Kalau dalam tajuk ini, guru hendaklah menasihati pelajarnya (lelaki) supaya menunaikan solat Jumaat.  Lebih baik lagi, guru mengiringi pelajar ke masjid.  Dan sebelum ke masjid,  guru patut juga mendidik pelajarnya.  Iaitu menasihatkan pelajar supaya jangan bising di masjid.  Duduk dengan tertib di dalam masjid dan membaca apa-apa zikir yang baik, seperti membaca al-Quran atau selawat ke atas nabi.  Jika ini berlaku, maka barulah dikatakan mendidik dengan pendidikan Islam.  Demikianlah seterusnya dalam tajuk-tajuk yang lain, atau pun pelajaran-pelajaran yang lain yang bukan mata pelajaran agama.  Bagi guru yang kreatif, ia boleh memasukkan pendidikan Islam melalui pelajarannya.
    Ini bermakna, bahawa pendidikan Islam itu mempunyai dua maksud.  Pertama bermaksud pendidikan Islam khusus. Iaitu yang merangkumi pelajaran tradisional seperti aqidah, ibadah, tafsir, sejarah, hadis dan sebagainya.  Kedua ialah pendidikan Islam umum, yang mana ia merangkumi semua kata-kata nasihat yang boleh membangunkan potensi yang ada pada setiap pelajar melalui semua mata pelajaran sekolah serta melewati segala aspek hidup.  Inilah yang dikatakan pendidikan Islam.
     


FALSAFAH PENDIDIKAN ISLAM

Falsafah Pendidikan Islam ialah falsafah pendidikan yang berteraskan ruh Islam, iaitu falsafah Islam untuk pendidikan, dan ia disebut Falsafah Pendidikan Islam (Al-Syaibany, 1991).  Jadi, maksud daripada Falsafah Pendidikan Islam ialah menyediakan manusia dengan dan ilmu pengetahaun yang cukup agar ia kenal dirinya serta tugas dan tanggungjawabnya, serta mengetahui cara untuk menjalankan atau melaksanakan tanggungjawabnya sebagai hamba dan khalifah Allah.  Bila ia dapat menjalankan tugas dan tanggungjawab ini dengan baik maka jadilah ia insan yang saleh.  
    Ahli falsafah pendidikan Islam atau failasuf pendidikan Islam ialah orang yang berusaha berfikir mencari apakah perkara-perkara yang perlu dimasuklah ke dalam kurikulum pendidikan.  Ini termasuklah ilmu, kemahiran, nilai, pengalaman dan sebagainya, yang mana setelah menjalani pendidikan beberapa lama akan lahir seorang insan yang kenal dirinya, kenal Tuhannya, faham tujuan Allah jadikan segala yang ada, mengetahui hukum-hukum Allah dan mengamalkannya, bertamadun, pandai berkawan sama ada dengan orang Islam atau pun bukan Islam.   Antara perkara yang penting yang difokuskan oleh falsafah pendidikan Islam ialah:
    Pendidikan Aqidah, Pendidikan Ibadah, Pendidikan Akhlak, Pendidikan Akal, Pendidikan Jasmani, Pendidikan Rohani, Pendidikan Keterampilan, Pendidikan Keibubapaan, Pendidikan Kemasyarakatan, Pendidikan Kepimpinan, dan banyak lagi.
    Jadi, berdasarkan falsafah Islam, semua perkara yang disebutkan diatas itu perlu ada dan menjadi tajuk-tajuk penting dalam kurikulum pendidikan Islam.  Dengan demikian, barulah dapat melahirkan insan soleh yang mampu melaksanakan tugasnya sebagai hamba dan khalifah Allah dengan betul dan sempurna seperti yang dibincang dalam Matlamat Pendidikan Islam.  Penyataan Falsalah Pendidikan Islam yang digubalkan oleh Kementerian Pendidikan Malaysia, nampaknya ada unsur untuk menuju ke arah ini. 



MAKSUD PENDIDIKAN ISLAM

Pendidikan Islam segala aspek yang berkaitan dengan pendidikan, dan semuanya mesti dilihat dan dilaksanakan mengikut prinsip Islam.  Ini termasuklah gurunya, pengurusnya sama ada di sekolah atau di pejabat (Jabatan dan Kementerian),  kriteria pemilihan guru, pemilihan kakitangan sekolah dan pejabat, kurikulum, sukatan pelajaran, buku teks, falsafah, matlamat dan segala-galanya mesti berdasarkan kepada prinsip Islam.  Kalau tidak berdasarkan kepada prinsip Islam maka ia tidak dinamakan sistem pendidikan Islam, walau pun di dalamnya terdapat pengetahuan agama Islam, seperti pengetahuan Agama Islam yang diajar di sekolah, di maktab, di politeknik, universiti dan lain-lain institusi pendidikan.  Kerana pengetahuan Agama Islam itu, atau Tamadun Islam yang diajar itu, merupakan sebagai tempelan atau sulaman sahaja.  Akibatnya kita tidak dapat melahirkan orang Islam yang mengamalkan Islam secara total, kerana ia bukan lahir daripada sistem, sebaliknya lahir daripada tempelan.  Kalau Pendidikan guru, misalnya, maktab perguruan atau universiti yang bukan mengikut sistem pendidikan Islam, maka kita tidak dapat melahirkan guru Islam yang sebenarnya, yang lahir ialah guru Tampal Sulam (Hasan langgulung 1991).  Jadi, sistem yang tampal sulam itu mengeluarkan guru yang tidak lebih daripada Guru Tampal Sulam.  Jadi pendidikan Islam itu ialah suatu yang luas dan bersifat holistik, bukan sempit seperti yang difahami oleh kebanyakan orang.


KAEDAH PENGAJARAN PENDIDIKAN ISLAM

Kaedah pengajaran yang baik ialah yang mempunyai langkah-langkah dan strategi yang tersusun serta objektif yang tepat dan boleh dicapai.  Di samping itu, matlamat yang hendak dituju juga mestilah terang dan jelas.  Strategi pengajaran ialah satu yang sangat penting dalam setiap aktiviti pengajaran dan pembelajaran.  Congelosi (1992) mencadangkan bahawa setiap pengajaran harus terlebih dahulu disediakan rancangannya dan dalam rancangan pengajaran ini harus mempunyai perkara-perkara berikut, iaitu:
          1.  Tujuan am (learning goal)
2.  Objektif pelajar (specific objective)
3.  Langkah-langkah pengajaran yang mengandungi aktiviti-aktivit
              
tertentu untuk menolong pelajar mencapai objektif pelajaran
          4.  Perlu ada makanisma untuk memantau kemajuan pelajar
 
          5.  Penilaian (sumative evaluation) untuk mengukur
               pencapaian
pelajar

ADAB DALAM ISLAM TAHAP 1


ADAB DAN AKHLAK DALAM ISLAM :
TAHAP 1
TAHUN 1

ADAB MAKAN DAN MINUM

1.   Duduk dengan tertib.
2.   Membasuh tangan sebelum dan selepas makan.
3.   Berdoa sebelum dan selepas makan.
4.   Tidak bersandar ketika makan.
5.   Ambil makanan yang hampir dahulu.
6.   Ambil dengan tangan kanan.
7.   Tidak berebut-rebut.
8.   Utamakan orang yang lebih tua ketika mengambil makanan.
9.   Tidak minum sekali gus.
10.Tidak membazir makanan dan minuman.
11.Berhenti makan sebelum kenyang.
12.Ucapkan alhamdulillah.
11.Bersihkan tempat makan.


ADAB DENGAN IBU BAPA :

1.   Menggunakan perkataan yang lembut dan sopan ketika bercakap.
2.   Menyahut panggilan dengan segera.
3.   Rendahkan suara ketika berkata.
4.   Tidak mencela perbuatan mereka.
5.   Membantu ibu bapa.
6.   Menggembirakan hati mereka.
7.   Memandang muka apabila bercakap.
8.   Memilih masa yang sesuai untuk berbual.
9.   Mendoakan kesejahteraan mereka.


ADAB BERGAUL DENGAN RAKAN :

1.   Mengucap dan memberi salam sesama Islam.
2.   Memberi ucapan selamat kepadayang bukan Islam.
3.   Guna bahasa yang baik.
4.   Bergaul dengan mesra.
5.   Beri pertolongan dengan ikhlas.
6.   Elakkan bertengkar dan berkelahi.
7.   Tidak berbohong.
8.   Bersedia memaafkan kesalahan mereka.
9.   Segera memohon maaf apabila melakukan kesalahan.



ADAB DENGAN GURU :

1.     Mengucap salam ketika bertemu guru Islam.
2.     Mengucap selamat ketika bertemu guru bukan Islam.
3.     Menggunakan perkataan yang baik.
4.     Bercakap dengan cara yang sopan.
5.     Tidak bertanya perkara yang menjatuhkan maruahnya.
6.     Bermanis muka ketika berhadapan dengan guru.
7.     Memilih masa yang sesuai untuk bercakap atau bertanya.
8.     Mengucapkan terima kasih di atas pandangan dan pemberiannya.
9.     Tidak membelakangi guru ketika bercakap.
10. Tidak bercakap terlalu lama dengan guru hingga mengganggu tugasnya.



TAHUN 2

ADAB BERPAKAIAN :

1.     Memulakan dengan bismillah.
2.     Membaca doa ketika mamakai pakaian.
3.     Memulakan dengan anggota sebelah kanan.
4.     Menanggalkan dari anggota sebelah kiri.
5.     Membaca doa ketika menaggalkan pakaian.
6.     Menutup aurat.
7.     Mencontoho bentuk pakaian dari sunah Rasulullah saw.




ADAB BERKENDERAAN:
                 
1.     Memulakan dengan bismillah.
2.     Membaca doa naik kenderaan.
3.     Mula menaiki dengan langkah kanan.
4.     Beratur dan bersopan ketika menaiki kenderaan.
5.     Memberi keutamaan kepada orang yang memerlukan.
6.     Tidak mengganggu orang lain.
7.     Mematuhi peraturan jalan raya.
8.     Bertertib di jalan raya.
9.     Pastikan kenderaan berhenti dengan sempurna sebelum turun.
10.Berhati-hati dan sopan ketika turun dari kenderaan.
11.Mengucapkan syukur apabila selamat sampai kedestinasi.




ADAB MASUK DAN KELUAR RUMAH :

1.     Memberi salam.
2.     Mengetuk pintu.
3.     Memelihara penglihatan.
4.     Membasuh kaki.
5.     Meminta izin masuk.
6.     Membaca doa masuk rumah.
7.     Memulakan langkah kanan apabila masuk dan keluar rumah.
8.     Menutup pintu.
9.     Membaca doa keluar rumah.



ADAB BERGAUL DENGAN KELUARGA :

1.     Menjaga batas pergaulan dan menutup aurat.
2.     Berkasih sayang.
3.     Hormat menghormati.
4.     Percaya mempercayai.
5.     Memberi salam dan bersalaman ketika bertemu.
6.     Bermaaf-maafan jika melakukan kesalahan atau menyinggung perasaan ahli keluarga.
7.     Meminta keizinan apabila hendak memasuki bilik ibu bapa.
8.     Bermanis muka sesama keluarga.




ADAB DI MASJID DAN SURAU :

1.     Membaca doa menuju masjid.
2.     Memulakan langkah dengan kaki kanan.
3.     Berjalan dengan tenang dan tidak tergesa-gesa.
4.     Langkah masuk dengan kaki kanan.
5.      Membaca doa masuk masjid.
6.     Mengucap salam kepada mereka yang berada di dalam masjid.
7.     Niat beriktikaf.
8.     Menunaikan solat sunat tahiyatul masjid.
9.     Duduk mengadap kiblat.
10. Tidak mencemari kesucian masjid.
11. Sentiasa berzikir dan membaca al-quran.
12.Memulakan langkah keluar dengan kaki kiri.
13.  Membaca doa keluar masjid.
14. Berniat untuk datang kembali.



ADAB KE SEKOLAH :

1.     Bangun tidur awal.
2.     Membersihkan diri.
3.     Menunaikan solat subuh.
4.     Memakai pakaian yang kemas dan bersih.
5.     Bersarapan sebelum ke sekolah.
6.     Membaca doasebelum keluar rumah.
7.     Bersalaman dan mencium tangan ibu bapa.
8.     Mengucap salam.
9.     Memulakan dengan langkah kanan.
10.Berhati-hati dalam perjalanan kesekolah.




ADAB BELAJAR :

1.     Menghormati guru.
2.     Menjawab salam guru.
3.     Membaca doa penerang hati.
4.     Belajar ilmu yang bermanfaat.
5.     Duduk dengan sopan.
6.     Memberi tumpuan kepada pengajaran guru.
7.     Menunjukkan minat ketika belajar.
8.     Sabar ketika belajar.
9.     Membuat ulangkaji.
10.Menyiapkan kerja-kerja sekolah.
11.Tidak membuat bising dan mengganggu kawan.
12.Melibatkan diri dalam aktiviti pembelajaran.




ADAB MEMBAWA DAN MENYIMPAN AL-QURAN:

1.     Suci daripada hadas kecil dan hadas besar.
2.     Memengang Al-Quran dengan tangan kanan.
3.     Memuliakan Al-Quran dengan menyimpan di tempat yang bersih, tinggi dan selamat.
4.     Membawa dengan penuh sopan dan tertib.




ADAB MEMBACA AL-QURAN :

1.     Bersugi.
2.     Suci daripada hadas kecil dan hadas besar.
3.     Khusyuk dan tawaduk.
4.     Mengambil pengajaran dari Al-Quran.
5.     Membaca dengan tertib dan bertajwid.
6.     Mengadap kiblat.
7.     Menutup aurat.
8.     Membaca istiazah dan  basmalah.
9.     Berdoa selepas membaca Al-Quran.



TAHUN 3

ADAB MENGHIDANG MAKANAN DAN MINUMAN :

1.     Menutup aurat.
2.     Menggunakan peralatan yang elok dan bersih.
3.     Menyediakan alas untuk hiding.
4.     Menghidang makanan yang bersih dan suci.
5.     Membawa dan menghidang makanan dengan tertib dan sopan.
6.     Mula menghidang dari sebelah kanan.
7.     Memastikan makanan dan minuman mencukupi.
8.     Tidak menghidang dan mengangkat makanan
9.     Mempersilakan tetamu menikmati hidangan.
10. Bermanis muka.
11. Mengutamakan orang yang lebih tua.
12.Meminta izin mengangkat bekas makanan dan minuman.




ADAB BERCAKAP DENGAN RAKAN:

1.     Mengucap atau menjawab salam ketika bertemu.
2.     Menggunakan bahasa yang lembut ketika bertemu.
3.     Tidak mengeluarkan kata-kata yang menyakitkan hati.
4.     Berbual perkara-perkara yang disenangi oleh rakan.
5.     Jauhi perkara-perkara yang boleh menjatuhkan maruah.
6.     Mengucap tahniah diatas kejayaannya
7.     Mengucap takziah ketika rakan rakan ditimpa musibah.
8.     Memberi perangsang dalam menjalani kehidupan hariannya.
9.     Tidak berbisik ketika dalam majlis yang mempunyai tiga orang.
10. Tidak memanggil dengan gelaran yang tidak disukainya.



ADAB MELAYAN TETAMU:

1.     Bermanis muka ketika dikunjungi tetamu.
2.     Menjawab salam tetamu
3.     Mempersilakan tetamu masuk dan duduk.
4.     Berbual mesra dengan tetamu.
5.     Elakkan persoalan yang menimbulkan
6.     Sediakan hidangan kepada tetamu.
7.     Menjemput tetamu makan atau minum hidangan yang disediakan.
8.     Makan bersama tetamu.
9.     Menunaikan hajat tetamu.
10.Mengiringi tetamu balik
11.Menyediakan kemudahan yang baik apabila tetamu bermalam dirumah.
12. Memakai pakaian yang bersih dan kemas serta menutup aurat.
13. Tidak mengganggu ketenteraman tetamu.



ADAB MENZIARAHI ORANG SAKIT :

1.     Bersegera menziarahi orang sakit.
2.     Mendoakan agar segera sembuh.
3.     Memendekkan masa menziarahi pesakit.
4.     Bertanyakan hal pesakit kepada keluarganya.
5.     Memberi semangat supaya sabar dan tabah menghadapi musibah.
6.     Mengingatkan dengan ucapan lailahaillallah sekiranya pesakit dalam keadaan nazak.




ADAB MENZIARAHI RAKAN :

1.     Ziarah dengan tujuan yang baik.
2.     Ziarah pada masa yang sesuai.
3.     Memberi salam kepada rakan Islam dan ucap selamat kepada bukan Islam.
4.     Berpakaian sopan dan menutup aurat.
5.     Menjaga tingkah laku.
6.     Menjaga maruah diri dan keluarga.
7.     Memasuki rumah setelah mendapat keizinan.
8.     Bermanis muka.
9.     Membawa buah tangan.
10. Berbual perkara yang membawa faedah.
11. Bersalaman dan meminta izin ketika hendak pulang.



ADAB MENZIARAHI ORANG TUA :

1.     Menziarahi mereka pada masa yang sesuai.
2.     Memberi salam kepada orang Islam dan ucap selamat kepada bukan Islam.
3.     Bersalaman dan bertanya khabar.
4.     Menggunakan panggilan yang sesuai serta bersopan dalam percakapan dan perbualan.
5.     Membawa buah tangan.
6.     Merendahkan suara.
7.     Bermanis muka.
8.     Tidak melakukan sesuatu yang menyakiti hati mereka.
9.     Menunjukkan sifat mesra.
10.  Mendoakan kesejahteraan mereka.